SELAMAT DATANG KE BLOG NUTE CAWANGAN ST

SELAMAT DATANG KE BLOG NUTE CAWANGAN ST

LAWATAN AGM HCBD SEL DAN NUTE ST KE RUMAH SDRA AFIZAN ( AND ST ) 17 JULAI 2013

Staff AND ST yang terlibat dengan kemalangan jalanraya 3 Jun 2013. Kereta yang dipandu oleh En Afizan telah bertembung secara berdepan dengan sebuah kereta satria yang dipandu oleh 2 beradik. Kesan rempuhan yang kuat ini telah mengakibatkan pemandu kereta satria 2 beradik tu meninggal dunia di tempat kemalangan, manakala En Afizan mengalami kecederaan yang agak parah menyebabkan usus kecilnya pecah, tulang tengkuknya lari sedikit dan tempurung lutut kakinya cedera teruk. Beliau telah menjalani pembedahan usus kecil sebanyak 2 kali di HB Seremban.

Pada 17/7/2013 Ustaz Mohd Aisha Jaafar AGM HCBD Sel mewakili BAKIT Pusat menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Staff TM ND Selangor Timur En Mohd Afizan Supar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seremban baru-baru ini. Turut menziarah bersama ialah En Pauzi Che Ahmad IRO Central Region, Noor Fairuzhizam Yakob Setiausaha NUTE Sel Timur dan En Mazlan Ishak OSHE Selangor. Sumbangan di sampaikan di rumah beliau di Kg Sungai Kertas Gombak.